Barang siapa berdusta ke atasku, maka dia berada dalam neraka

TEKS BAHASA ARAB

من كذب علي؛ فهو في النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa berdusta ke atasku, maka dia berada dalam neraka.

STATUS

Lemah dengan lafaz ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 491, hadis nombor 2645. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا اللفظ) عن دجين أبي الغصن -بصري-، قال: قدمت المدينة، فلقيت أسلم مولى عمر بن الخطاب، فقلت: حدثني عن عمر، فقال: لا أستطيع، أخاف أن أزيد أو أنقص، كنا إذا قلنا لعمر: حدثنا عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: أخاف أن أزيد حرفا أو أنقص؛ إن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((من كذب علي؛ فهو في النار)). [الطحاوي في ((المشكل))، ابن الجوزي، حم، ((الضعيفة)) (4646)].

(Lemah dengan lafaz ini)
Daripada Dujain Abi al-Ghusn, orang Basrah, dia berkata: Aku telah pergi ke Kota Madinah, dan aku bertemu Aslam maula (hamba yang dibebaskan oleh) ‘Umar bin al-Khattab, lalu aku berkata: Sampaikanlah kepadaku tentang ‘Umar, lalu dia berkata: Aku tidak mampu, aku takut aku menambah atau mengurangkan (sesuatu yang aku sampaikan darinya). Kami dahulu apabila kami berkata kepada ‘Umar: Sampaikanlah kepada kami tentang Rasulullah SAW, beliau berkata: Aku takut aku menambah suatu huruf atau mengurangkan (dari apa yang aku sampaikan dari Rasulullah itu), sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa berdusta ke atasku, maka dia berada dalam neraka.
[Riwayat al-Tahawi dalam kitab al-Mushkil, Ibn al-Jauzi dan Ahmad. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4646].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs