Barang siapa yang bersabar di atas keburukan akhlak isterinya

TEKS BAHASA ARAB

من صبر على سوء خلق امرأته أعطاه الله من الأجر مثل ما أعطى أيوب على بلائه، ومن صبرت على سوء خلق زوجها أعطاها الله مثل ثواب آسية امرأة فرعون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang bersabar di atas keburukan akhlak isterinya maka Allah SWT akan memberinya pahala seperti pahala Ayyub AS bersabar di atas ujiannya. Dan barang siapa yang bersabar di atas keburukan akhlak suaminya maka Allah akan memberinya pahala seperti pahala Asiah isteri Firaun.

STATUS

Tidak ada asalnya dengan lafaz lengkap ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 916, hadis nombor 4696. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا أصل له بهذا التمام):
((من صبر على سوء خلق امرأته أعطاه الله من الأجر مثل ما أعطى أيوب على بلائه، ومن صبرت على سوء خلق زوجها أعطاها الله مثل ثواب آسية امرأة فرعون)).
[((الضعيفة)) (627)].

(Tidak Ada Asalnya Dengan Lafaz Lengkap Ini): Barang siapa yang bersabar di atas keburukan akhlak isterinya maka Allah SWT akan memberinya pahala seperti pahala Ayyub AS bersabar di atas ujiannya. Dan barang siapa yang bersabar di atas keburukan akhlak suaminya maka Allah akan memberinya pahala seperti pahala Asiah isteri Firaun.
[Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 627].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs