Barang siapa yang dagingnya tumbuh daripada sumber yang dimurkai maka neraka lebih layak untuknya

TEKS BAHASA ARAB

ثمن القينة حرام، وغناؤها حرام، والنظر إليها حرام، وثمنها مثل ثمن الكلب، وثمن الكلب سحت، ومن نبت لحمه على السحت فالنار أولى به.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sumber pendapatan seorang penyanyi wanita adalah haram, perbuatannya menyanyi adalah haram dan melihat (mendengar) nyanyiannya juga adalah haram. Nilainya sama seperti nilai anjing dan nilai anjing itu adalah hina. Barang siapa yang dagingnya tumbuh daripada sumber yang hina dan dimurkai maka neraka lebih layak untuknya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1622, hadis nombor 8192. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمر بن الخطاب – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ثمن القينة حرام، وغناؤها حرام، والنظر إليها حرام، وثمنها مثل ثمن الكلب، وثمن الكلب سحت، ومن نبت لحمه على السحت فالنار أولى به)). [طب، ((الضعيفة))، (3458)].

(Lemah)
Daripada Umar bin al-Khattab RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): ((Sumber pendapatan seorang penyanyi wanita adalah haram, perbuatannya menyanyi adalah haram dan melihat (mendengar) nyanyiannya juga adalah haram. Nilainya sama seperti nilai anjing dan nilai anjing itu adalah hina. Barang siapa yang dagingnya tumbuh daripada sumber yang hina dan dimurkai maka neraka lebih layak untuknya.))
[Riwayat al-Jurjani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3458].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs