Barang siapa yang makan apa yang ada di bawah hidangannya, nescaya dia akan terselamat daripada kefakiran

TEKS BAHASA ARAB

من أكل مما تحت مائدته؛ أمن من الفقر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang makan apa yang ada di bawah hidangannya, nescaya dia akan terselamat daripada kefakiran.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 423, hadis nombor 2278. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن هدبة، قال: حضرت غداء أمير المؤمنين المأمون، فلما رفع المائدة؛ جعلت ألتقط ما في الأرض، فنظر إلي المأمون فقال: أيها الشيخ! أما شبعت؟ فقلت: نعم يا أمير المؤمنين! إنما شبعت في فنائك وكنفك؛ ولكني حدثني حماد بن سلمة عن ثابت البناني عن أنس بن مالك، قال: سمعت النبي ﷺ يقول: «من أكل مما تحت مائدته؛ أمن من الفقر».. فأشار إلى خادم له، فجاء، وناولني بدرة فيها ألف دينار، فقلت: يا أمير المؤمنين وهذا من ذلك. [أبو نعيم في «أخبار أصبهان»، «الضعيفة» (5721)].

(Munkar) Daripada Hudbah, beliau berkata: Aku menghadiri majlis makan tengah hari amirulmukminin al-Ma’mun. Tatkala hidangan sudah dialihkan, aku mula mengutip apa yang berada di atas lantai, lalu al-Ma’mun memandang kepadaku lantas bersabda: "Wahai syeikh, adakah kamu belum kenyang?" Aku menjawab: "Ya wahai amirulmukminin, hanya sanya aku sudah pun kenyang berada di dalam halamanmu dan jagaanmu. Akan tetapi Hammad bin Salamah menceritakan kepadaku, daripada Thabit al-Bunani, daripada Anas bin Malik, beliau berkata: Aku mendengar Nabi ﷺ bersabda: "Barang siapa yang makan apa yang ada di bawah hidangannya, nescaya dia akan terselamat daripada kefakiran." Al-Ma’mun lantas memberi isyarat kepada seorang khadamnya lalu dia datang dan memberiku kantung yang mengandungi seribu dinar. Aku pun berkata: "Wahai amirulmukminin, ini termasuk yang demikian tadi". [Riwayat Abu Nu’aym dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5721].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs