Barang siapa yang memelihara anak yatim miliknya atau milik orang lain, nescaya wajib baginya syurga

TEKS BAHASA ARAB

من كفل يتيما له أو لغيره؛ وجبت له الجنة؛ إلا أن يكون عمل عملا لا يغفر، ومن ذهبت كريمتاه؛ وجبت له الجنة؛ إلا أن يكون عمل عملا لا يغفر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang memelihara anak yatim miliknya atau milik orang lain, nescaya wajib baginya syurga melainkan dia ada melakukan perbuatan yang tidak diampunkan. Manakala barang siapa yang kehilangan dua anak perempuannya, nescaya wajib baginya syurga melainkan dia ada melakukan perbuatan yang tidak diampunkan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 510, hadis nombor 2716. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله ﷺ: «من كفل يتيما له أو لغيره؛ وجبت له الجنة؛ إلا أن يكون عمل عملا لا يغفر، ومن ذهبت كريمتاه؛ وجبت له الجنة؛ إلا أن يكون عمل عملا لا يغفرر». [طب، «الضعيفة» (5343)].

(Sangat Lemah) Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Barang siapa yang memelihara anak yatim miliknya atau milik orang lain, nescaya wajib baginya syurga melainkan dia ada melakukan perbuatan yang tidak diampunkan. Manakala barang siapa yang kehilangan dua anak perempuannya, nescaya wajib baginya syurga melainkan dia ada melakukan perbuatan yang tidak diampunkan. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5343].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs