Barang siapa yang mengutip potongan atau cebisan makanan daripada laluan tahi dan air kencing

TEKS BAHASA ARAB

من أخذ لقمة أو كسرة من مجرى الغائط والبول، فأخذها فأماط عنها الأذى، وغسلها غسلا نعما، ثم أكلها؛ لم تستقر في بطنه حتى يغفر له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang mengutip potongan atau cebisan makanan daripada laluan tahi dan air kencing, dia mengambilnya dan menghilangkan kekotoran daripadanya serta membasuhnya dengan basuhan yang baik, kemudian dia memakannya, nescaya ia tidak akan menetap di dalam perutnya sehinggalah dia diampukan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 428-429, hadis nombor 2307. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن الحسن بن علي – رضي الله عنهما -: أنه دخل المتوضأ، فأصاب لقمة – أو قال: كسرة – في مجرى الغائط والبول، فأخذها فأماط عنها الأذى، فغسلها غسلا نعما، ثم دفعها إلى غلامه فقال: ذكرني بها إذا توضأت. فلما توضأ قال للغلام: ناولني اللقمة – أو قال: الكسرة – فقال: يا مولاي! أكلتها. قال: فاذهب فأنت حر لوجه الله. قال: فقال له الغلام: يا مولاي! لأي شيء أعتقتني؟ قال: لأني سمعت من فاطمة بنت رسول الله ﷺ تذكر عن أبيها رسول الله ﷺ: «من أخذ لقمة أو كسرة من مجرى الغائط والبول، فأخذها فأماط عنها الأذى، وغسلها غسلا نعما، ثم أكلها؛ لم تستقر في بطنه حتى يغفر له». فما كنت لأستخدم رجلا من أهل الجنة. [ع، «الضعيفة» (6427)].

(Palsu) Daripada al-Hasan bin ‘Ali RA: Bahawa beliau masuk ke tempat wuduk lalu beliau mendapati potongan (makanan) – atau beliau berkata: cebisan – di laluan tahi dan air kencing. Beliau lantas mengambilnya, menghilangkan kekotoran daripadanya lalu membasuhnya dengan basuhan yang baik kemudian beliau memberikannya kepada hamba lelakinya dan berkata: "Ingatkan aku tentang ini apabila aku berwuduk". Setelah al-Hasan selesai berwuduk beliau berkata kepada hamba lelakinya: "Ambilkan aku potongan – atau dia berkata: cebisan – tadi". Hamba itu pun menjawab: "Wahai tuanku! Aku telah memakannya". Al-Hasan lantas berkata: "Pergilah kamu, sesunggguhnya kamu telah merdeka demi wajah Allah". Beliau berkata: Hamba lelaki itu bertanya kepadanya: "Wahai tuanku! Mengapakah kamu membebaskanku?" Al-Hasan berkata: "Kerana aku mendengar Fatimah binti Rasulullah ﷺ menyebutkan daripada bapanya Rasulullah ﷺ: "Barang siapa yang mengutip potongan atau cebisan makanan daripada laluan tahi dan air kencing, dia mengambilnya dan menghilangkan kekotoran daripadanya serta membasuhnya dengan basuhan yang baik, kemudian dia memakannya, nescaya ia tidak akan menetap di dalam perutnya sehinggalah dia diampukan." Justeru tidak mungkin aku menggunakan khidmat seorang lelaki daripada kalangan ahli syurga." [Riwayat Musnad Abī Ya‘lā. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6427].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs