Barang siapa yang menziarahi aku dan menziarahi bapaku Nabi Ibrahim dalam satu tahun (yang sama) maka dia akan masuk syurga

TEKS BAHASA ARAB

من زارني وزار أبي إبراهيم في عام واحد دخل الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang menziarahi aku dan menziarahi bapaku Nabi Ibrahim dalam satu tahun (yang sama) maka dia akan masuk syurga.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 78, hadis nombor 16. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وقال النووي: حديث: "من زارني وزار أبي إبراهيم في عام واحد دخل الجنة" باطل لا أصل له.

Imam al-Nawawi telah berkata: Hadis: "Barang siapa yang menziarahi aku dan menziarahi bapaku Nabi Ibrahim dalam satu tahun (yang sama) maka dia akan masuk syurga" adalah batil dan tidak ada asal baginya.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs