Barangsiapa yang membawa sesuatu daripada pasar kepada ahli keluarga

TEKS BAHASA ARAB

من حمل طرفة من السوق إلى عياله فكأنما حمل إليهم صدقة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barangsiapa yang membawa sesuatu daripada pasar kepada ahli keluarga yang ditanggungnya seakan-akan dia membawa kepada mereka sedekah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 131. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فِي الْمُخْتَصر «مَنْ حَمَلَ طُرْفَةً مِنَ السُّوقِ إِلَى عِيَالِهِ فَكَأَنَّمَا حَمَلَ إِلَيْهِمْ صَدَقَةً» ضَعِيفٌ جِدًّا أَوْ مَوْضُوعٌ كَمَا قَالَ أَبُو الْفرج.

Dalam kitab al-Mukhtasar menyebut:
“Barangsiapa yang membawa sesuatu daripada pasar kepada ahli keluarga yang ditanggungnya seakan-akan dia membawa kepada mereka sedekah.” Hadith ini terlalu lemah atau palsu seperti mana yang disebutkan oleh Abu al-Farj.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs