Barangsiapa yang menziarahi ulama, seakan-akan dia menziarahi Aku

TEKS BAHASA ARAB

من زار العلماء فكأنما زارني ومن صافح العلماء فكأنما صافحني ومن جالس العلماء فكأنما جالسني ومن جالسني في الدنيا أجلس إلي يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barangsiapa yang menziarahi ulama, seakan-akan dia menziarahi Aku. Barangsiapa yang bersalam dengan ulama, seakan-akan dia bersalam dengan Aku. Barangsiapa yang duduk bersama ulama, seakan-akan dia duduk bersama Aku. Barangsiapa yang duduk bersama Aku di dunia, dia akan duduk bersama Aku pada hari kiamat.

STATUS

Terdapat perawi pendusta pada sanadnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 19. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«مَنْ زَارَ الْعُلَمَاءَ فَكَأَنَّمَا زَارَنِي وَمَنْ صَافَحَ الْعُلَمَاءَ فَكَأَنَّمَا صَافَحَنِي وَمَنْ جَالَسَ الْعُلَمَاءَ فَكَأَنَّمَا جَالَسَنِي وَمَنْ جَالَسَنِي فِي الدُّنْيَا أُجْلِسَ إِلَيّ يَوْم الْقِيَامَة» فِيهِ حَفْص كَذَّاب.

Maksudnya: “Barangsiapa yang menziarahi ulama, seakan-akan dia menziarahi Aku. Barangsiapa yang bersalam dengan ulama, seakan-akan dia bersalam dengan Aku. Barangsiapa yang duduk bersama ulama, seakan-akan dia duduk bersama Aku. Barangsiapa yang duduk bersama Aku di dunia, dia akan duduk bersama Aku pada hari kiamat.”
Dalam sanad hadis ini terdapat perawi yang bernama Hafs. Beliau ialah seorang pendusta.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs