Berikanlah salam kepada Yahudi dan Nasrani

TEKS BAHASA ARAB

حديث: سلموا على اليهود والنصارى، ولا تسلموا على يهود أمتي. قيل: من هم؟ قال: تراك الصلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Berikanlah salam kepada Yahudi dan Nasrani, janganlah kamu memberi salam kepada Yahudi di kalangan umatku, ditanyakan kepada Nabi SAW: Siapakah mereka? Nabi SAW bersabda: Orang yang meninggalkan solat.

STATUS

Tidak ditemui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 98, hadis nombor 254. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال السيوطي: لم أقف عليه.

Al-Suyuthi berkata: Aku tidak menjumpai hadith ini.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs