Berinai pada hari Asyura dan juga berjabat tangan pada hari tersebut

TEKS BAHASA ARAB

الخضاب يوم عاشوراء، والمصافحة فيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berinai pada hari Asyura dan juga berjabat tangan pada hari tersebut.

STATUS

Dusta

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 75-76, hadis nombor 10. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ونحو ذلك من الخضاب يوم عاشوراء، والمصافحة فيه. كل ذلك كذب مختلف فيه باتفاق من يعرف علم الحديث. وإن كان قال فيه بعض أهل الحديث: إنه صحيح وإسناده شرط الصحيح فهو من الغلط الذي لا ريب فيه. قاله ابن تيمية.
قال: ولم يستحب أحد من الأئمة الاغتسال يوم عاشوراء، والكحل فيه، والخضاب، وأمثال ذلك. وسبب الوضع أن الرافضة يظهرون المأتم والنياحة والجزع وتعذيب النفوس وظلم البهائم يوم عاشوراء لكون الحسين قتل فيه، فجاء قوم من المتسننة رووا أحاديث موضوعة يعارضون به شعار أولئك القوم، فقابلوا باطلا بباطل وردوا بدعة ببدعة.

Seperti yang demikian juga, hadis berkenaan berinai pada hari Asyura dan juga berjabat tangan pada hari tersebut. Kesemua hadis ini adalah dusta yang (tidak) diperselisihkan secara sepakat bagi mereka yang mengetahui ilmu hadis. Sekalipun terdapat beberapa ahli hadis telah berkata: Sesungguhnya ia sahih dan sanadnya (memenuhi) syarat sahih, maka ia adalah suatu kesilapan yang tidak ada keraguan padanya. Ibnu Taimiyyah telah meyebutkannya.
Dia berkata: Tidak ada seorangpun imam yang menggalakkan mandi pada hari Asyura, juga bercelak mata dan berinai pada hari tersebut dan sebagainya. Sebab pemalsuannya adalah puak rafidah (puak Syiah) mengadakan ulang tahun kematian, ratapan, bersedih, menyeksa diri, membuat zalim terhadap binatang ternakan pada hari Asyura, kerana al-Husain telah dibunuh pada hari itu. Setelah itu, datang golongan yang mengaku Sunni lalu mereka telah meriwayatkan hadis-hadis palsu itu untuk menyanggahi syiar-syiar puak (Syiah) tersebut. Maka mereka menolak kebatilan dengan kebatilan yang lain, dan menolak bidaah dengan bidaah yang lain.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs