Bersabarlah ke atas diri kamu wahai Bani Hashim

TEKS BAHASA ARAB

اصبروا على أنفسكم يا بني هاشم ، فإنما الصدقات غسالات الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bersabarlah ke atas diri kamu wahai Bani Hashim, sesungguhnya sedekah (zakat) itu adalah penyucian buat manusia.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 143, hadis nombor 718. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما: أن عمر بن الخطاب قال للعباس وللفضل بن عباس: اذكرا للنبي صلى الله عليه وسلم أن يأمر لكما من الصدقات، وإني سأحضر لكما، فذكر ذلك الفضل لرسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: ((اصْبِرُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ يَا بني هَاشِمٍ فَإِنَّمَا الصَّدَقَاتُ غُسَالاتُ النَّاسِ)). [طب، ((الضعيفة)) (7016)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbās RA: Bahawa ‘Umar bin al-Khattāb berkata kepada al-‘Abbās serta al-Faḍl bin ‘Abbās: Beritahulah kepada Nabi SAW agar mengarahkan supaya diberikan bahagian dari sedekah (zakat) kepada kamu berdua. Nescaya aku sendiri yang akan membawanya kepada kamu berdua. Kemudian al-Faḍl menceritakannya kepada Rasulullah SAW lantas baginda bersabda: Bersabarlah ke atas diri kamu wahai Bani Hashim, sesungguhnya sedekah (zakat) itu adalah penyucian buat manusia.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7016]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs