Beruntunglah bagi mereka yang tawaduk

TEKS BAHASA ARAB

طوبى لمن تواضع من غير منقصة، وذل في نفسه من غير مسكنة، وأنفق مالا جمعه من غير معصية، ورحم أهل الذل والمسكنة، وخالط أهل الفقه والحكمة، طوبى لمن ذل في نفسه، وطاب كسبه، وصلحت سريرته، وكرمت علانيته، وعزل عن الناس شره، طوبى لمن عمل بعلمه، وأنفق الفضل من ماله، وأمسك الفضل من قوله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Beruntunglah bagi mereka yang bersifat tawaduk tanpa mengurangkan harga diri, merasa hina diri tanpa sebarang kepapaan, membelanjakan harta yang dikumpulkannya bukan secara maksiat, mengasihi golongan yang hina dan miskin, serta bercampur dengan ahli fiqah dan ahli hikmah. Maka beruntunglah mereka yang merasa hina dalam dirinya, untunglah pekerjaannya, baiklah rahsianya, serta mulialah penampilannya, dan orang ramai akan dijauhi daripada keburukannya. Beruntunglah mereka yang beramal dengan ilmunya, serta membelanjakan lebihan hartanya, serta menahan lebihan daripada kata-katanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 69, hadis nombor 324. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ركب المصري -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((طوبى لمن تواضع من غير منقصة، وذل في نفسه من غير مسكنة، وأنفق مالاً جمعه من غير معصية، ورحم أهل الذل والمسكنة، وخالط أهل الفقه والحكمة، طوبى لمن ذل في نفسه، وطاب كسبه، وصلحت سريرته، وكرمت علانيته، وعزل عن الناس شره، طوبى لمن عمل بعلمه، وأنفق الفضل من ماله، وأمسك الفضل من قوله)).
[ابن الأعرابي، القضاعي، طب، طص، ابن عساكر، تمام، ابن بشران، عبد الغني المقدسي في "العلم"، ((الضعيفة)) (‌‌3835)]

(Lemah)
Dari Rakb al-Miṣrī secara marfū‘: “Beruntunglah bagi mereka yang bersifat tawaduk tanpa mengurangkan harga diri, merasa hina diri tanpa sebarang kepapaan, membelanjakan harta yang dikumpulkannya bukan secara maksiat, mengasihi golongan yang hina dan miskin, serta bercampur dengan ahli fiqah dan ahli hikmah. Maka beruntunglah mereka yang merasa hina dalam dirinya, untunglah pekerjaannya, baiklah rahsianya, serta mulialah penampilannya, dan orang ramai akan dijauhi daripada keburukannya. Beruntunglah mereka yang beramal dengan ilmunya, serta membelanjakan lebihan hartanya, serta menahan lebihan daripada kata-katanya.”
[Riwayat Ibn al-A‘rābī dalam Mu‘jamnya, al-Quḍā’ī dalam Musnad al-Shihāb, al-Ṭabarānī dalam al-Mu’jam al-Kabīr dan al-Mu‘jam al-Ṣaghīr, Ibn ‘Asākir, Tammām dalam al-Fawā’id, Ibn Bishrān dalam al-Amālī, ‘Abd al-Ghanī al-Maqdisī dalam al-‘Ilm. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3835).

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs