Bilal melaungkan azan untuk Rasulullah dua dua

TEKS BAHASA ARAB

أذن بلال لرسول الله صلى الله عليه وسلم مثنى مثنى وأقام مثل ذلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bilal melaungkan azan untuk Rasulullah dua dua. Iqamah juga begitu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 35. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن حبان باطل فيه زياد فاحش الخطأ قلت زياد ثقة روى له الشيخان لكن عد هذا الحديث من مناكيره، وقد أخرج الطبراني وكأنهم إنما أنكروا منه تثنية الإقامة لمخالفته لما في الصحيح ولم ينفرد به بل ورد عن عبد الله بن زيد «كان أذانه صلى الله عليه وسلم وإقامته شفعا مرتين مرتين».

Ibn Hibban berkata: Ia adalah hadith yang batil. Dalamnya terdapat Ziyad. Beliau adalah seorang perawi yang buruk hafalan dan selalu melakukan kesalahan. Aku mengatakan: Ziyad seorang perawi yang thiqah. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripadanya. Tetapi hadith ini dianggap sebagai hadith munkar yang diriwayatkan olehnya. Al-Tabarani juga meriwayatkan hadith ini seakan-akan mereka ingin membantah lafaz yang menyebut bahawa lafaz iqamah dilaungkan dua dua. Ini kerana Ia bercanggah dengan hadith yang sahih. Ziyad tidak bersendirian meriwayatkan hadith ini bahkan disebutkan daripada Abdullah Bin Zaid:
“Azan dan iqamah Nabi SAW adalah berpasangan iaitu dilaungkan dua dua.”

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs