Bukanlah orang yang terbaik dalam kalangan kalian seseorang yang meninggalkan dunia untuk akhiratnya

TEKS BAHASA ARAB

ليس ‌بخيركم من ترك دنياه لآخرته، ولا آخرته لدنياه حتى يصيب منهما جميعا، فإن الدنيا بلاغ إلى الآخرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bukanlah orang yang terbaik dalam kalangan kalian seseorang yang meninggalkan dunia untuk akhiratnya, atau (tinggalkan) akhirat untuk dunianya sehinggalah (dia) menghimpunkan keduanya sekaligus kerana sesungguhnya dunia itu penyampai kepada akhirat.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 591, hadis nombor 3041. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن أنس بن مالك –رضي الله عنه– مرفوعا: ((ليس ‌بخيركم من ترك دنياه لآخرته، ولا آخرته لدنياه حتى يصيب منهما جميعا، فإن الدنيا بلاغ إلى الآخرة)). [الخطيب في ((التلخيص))، ((الضعيفة)) (500)].

(Batil) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): Bukanlah orang yang terbaik dalam kalangan kalian seseorang yang meninggalkan dunia untuk akhiratnya, atau (tinggalkan) akhirat untuk dunianya sehinggalah (dia) menghimpunkan keduanya sekaligus kerana sesungguhnya dunia itu penyampai kepada akhirat. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam al-Talkhis. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 500].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs