Carilah kebaikan daripada orang-orang yang penyayang dalam kalangan umatku

TEKS BAHASA ARAB

اطلبوا الفضل عند الرحماء من أمتي، تعيشوا في أكنافهم، فإن فيهم رحمتي، ولا تطلبوا من القاسية قلوبهم، فإنهم ينتظرون سخطي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Carilah kebaikan daripada orang-orang yang penyayang dalam kalangan umatku, nescaya kamu akan hidup di bawah lembayung mereka. Kerana sesungguhnya pada mereka itu terdapatnya rahmatku. Dan janganlah kamu mencari kelebihan dari golongan yang keras hati mereka, kerana mereka sedang menanti kemurkaanku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 187, hadis nombor 957. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سعيد – رضي الله عنه – مرفوعا: ((اطلبوا الفضل عند الرحماء من أمتي، تعيشوا في أكنافِهِم، فإن فيهم رحمتي، ولا تطلبوا من القاسية قلوبهم، فإنهم ينتظرون سخطي)).
[الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، ((الضعيفة)) (1577)]

(Lemah)
Daripada Abu Sa’id RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Carilah kebaikan daripada orang-orang yang penyayang dalam kalangan umatku, nescaya kamu akan hidup di bawah lembayung mereka. Kerana sesungguhnya pada mereka itu terdapatnya rahmatku. Dan janganlah kamu mencari kelebihan dari golongan yang keras hati mereka, kerana mereka sedang menanti kemurkaanku.
[Riwayat al-Khara’iti dalam Makarim al-Akhlak. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1577]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs