Carilah malam al-Qadar pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan iaitu pada malam yang ganjil

TEKS BAHASA ARAB

التمسوا ليلة القدر في العشر الأواخر من رمضان في وتر فإني قد رأيتها فنسيتها وهي ليلة القدرليلة مطر وريح ورعد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Carilah malam al-Qadar pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan iaitu pada malam yang ganjil, dan sesungguhnya aku telah melihatnya (mendapatinya) lalu aku telah dilupakan tentangnya. Dan ia adalah malam hujan, angin kencang, dan guruh.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1160, hadis nombor 5867. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن جابر بن سمرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الْتَمِسُوا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ فِي وَتْرٍ فَإِنِّي قَدْ رَأَيْتُهَا فَنُسِّيتُهَا وهِيَ لَيْلَةُ الْقَدْرِ ليلة مَطَرٍ وَرِيحٍ ورَعْدٍ. [عم، البزار، طب، الضعيفة (6454)]

(Munkar) Daripada Jabir bin Samrah RA berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Carilah malam al-Qadar pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan iaitu pada malam yang ganjil, dan sesungguhnya aku telah melihatnya (mendapatinya) lalu aku telah dilupakan tentangnya. Dan ia adalah malam hujan, angin kencang, dan guruh. [Riwayat ‘Abd Allāh bin Aḥmad Fī Zawā’id dalam al-Musnad, al-Bazzar, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6454]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs