Ciri-ciri seorang Qadi

TEKS BAHASA ARAB

من عاذ بالله؛ فقد عاذ بمعاذ. قال: نعم، قال: فإني أعوذ بالله أن أكون قاضياً. قال: وما يمنعك وقد كان أبوك يقضي؟ قال: لأني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: من كان قاضيا، فقضى بالجهل؛ كان من أهل النار. ومن كان قاضيا فقضى بالجور؛ كان من أهل النار. ومن كان قاضيا عالما يقضي بحق أو بعدل، سأل التفلت كفافا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berlindung kepada Allah maka dia telah berlindung dengan sesuatu yang boleh memberikan perlindungan. Dia berkata: Ya. Dia berkata: Aku telah berlindung kepada Allah dari menjadi seorang Qadi. Dia berkata: Apakah yang menghalangmu sedangkan ayahmu juga merupakan seorang Qadi? Dia berkata: Kerana aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menjadi Qadi lalu dia menghukum dengan kejahilan, maka dia akan menjadi ahli neraka. Sesiapa yang menjadi Qadi dan menghukum dengan kezaliman, dia akan menjadi ahli neraka. Sesiapa yang menjadi Qadi yang berpengetahuan dan menghukum dengan kebenaran dan keadilan, dia telah meminta berlepas diri dengan sebenarnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 719, hadis nombor 3674. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الله بن وهب – وقال بعضهم: موهب – أن عثمان بن عفان قال لابن عمر: اذهب فكن قاضياً. قال: أو تعفيني يا أمير المؤمنين، قال: عزمت عليك إلا ذهبت فقضيت. قال: لا تعجل، سمعت رسول الله ﷺ يقول: من عاذ بالله؛ فقد عاذ بمعاذ. قال: نعم، قال: فإني أعوذ بالله أن أكون قاضياً. قال: وما يمنعك وقد كان أبوك يقضي؟ قال: لأني سمعت رسول الله ﷺ يقول: من كان قاضيا، فقضى بالجهل؛ كان من أهل النار. ومن كان قاضيا فقضى بالجور؛ كان من أهل النار. ومن كان قاضيا عالما يقضي بحق أو بعدل، سأل التفلت كفافا.
[ت، ع، حب، طب، طس، ابن أبي حاتم في ((العلل))، الضياء، ((الضعيفة)) (6864)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin Wahb, – sebahagian yang lain menyebut Muwahhab -, Bahawa ‘Uthman bin ‘Affan telah berkata kepada Ibn ‘Umar: Pergilah kamu dan jadilah seorang Qadi. Dia berkata: Atau engkau mahu mengecualikan aku wahai Amirul Mukminin? Dia berkata: Aku telah menyuruhmu maka engkau harus pergi dan melaksanakannya. Dia berkata: Jangan terburu-buru. Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berlindung kepada Allah maka dia telah berlindung dengan sesuatu yang boleh memberikan perlindungan. Dia berkata: Ya. Dia berkata: Aku telah berlindung kepada Allah dari menjadi seorang Qadi. Dia berkata: Apakah yang menghalangmu sedangkan ayahmu juga merupakan seorang Qadi? Dia berkata: Kerana aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menjadi Qadi lalu dia menghukum dengan kejahilan, maka dia akan menjadi ahli neraka. Sesiapa yang menjadi Qadi dan menghukum dengan kezaliman, dia akan menjadi ahli neraka. Sesiapa yang menjadi Qadi yang berpengetahuan dan menghukum dengan kebenaran dan keadilan, dia telah meminta berlepas diri dengan sebenarnya.
[Riwayat al-Tirmizi dalam al-Sunan, Abi Ya’la dalam al-Musnad, Ibn Hibban dalam al-Sahih, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Ibn Abi Hatim dalam al-'Ilal, al-Dhiya’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6864].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.