Demi bapamu! Kalau kamu tetap diam, aku akan terus dihulurkan bahagian kaki selagi aku memintanya

TEKS BAHASA ARAB

وأبيك! لو سكت، ما زلت أناول منها ذراعا ما دعوت به.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Demi bapamu! Kalau kamu tetap diam, aku akan terus dihulurkan bahagian kaki selagi aku memintanya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 430, hadis nombor 2315. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن رجل: أن رسول الله ﷺ أتي بطعام من خبز ولحم، فقال: «ناولني الذراع». فنوول ذراعا فأكلها – قال يحيى: لا أعلمه إلا هكذا – ثم قال: «ناولني الذراع». فنوول ذراعا فأكلها، ثم قال: «ناولني الذراع». فقال: يا رسول الله! إنما هما ذراعان! فقال: «وأبيك! لو سكت، ما زلت أناول منها ذراعا ما دعوت به». فقال سالم: أما هذه فلا، سمعت عبد الله بن عمر يقول: قال رسول الله ﷺ: «إن الله – تبارك وتعالى – ينهاكم أن تحلفوا بآبائكم». [حم، «الضعيفة» (6311)].

(Munkar) Daripada seorang lelaki: Bahawa Rasulullah ﷺ dihidangkan makanan berupa roti dan daging. Lalu Baginda bersabda: "Berikan aku bahagian kaki". Lalu diberikan kepada Baginda bahagian kaki dan Baginda terus memakannya – Yahya berkata: Aku tidak mengetahuinya melainkan begini – Kemudian Baginda bersabda: "Berikan aku bahagian kaki". Lalu diberikan kepada Baginda bahagian kaki dan Baginda terus memakannya. Kemudian Baginda bersabda lagi: "Berikan aku bahagian kaki". Kemudian dia berkata: "Wahai Rasulullah! Hanya sanya itu sudah dua belah kaki!". Baginda bersabda: "Demi bapamu! Kalau kamu tetap diam, aku akan terus dihulurkan bahagian kaki selagi aku memintanya". Salim berkata: "Adapun ini, ia tidak (benar). Aku mendengar Abdullah bin Umar RA berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesungguhnya Allah Tabaraka Wa Taala melarang kalian daripada bersumpah dengan bapa kalian". [Riwayat Musnad Aḥmad bin Ḥanbal. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6311].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs