Demi jiwaku yang berada di tangan-Nya! Sesungguhnya apabila mereka keluar dari kubur mereka

TEKS BAHASA ARAB

والذي نفسي بيده، إنهم إذا خرجوا من قبورهم يستقبلون، أو يؤتون بنوق بيض، لها أجنحة، وعليها رحال الذهب، شرك نعالهم نور يتلألأ، كل خطوة منها مد البصر، فينتهون إلى شجرة ينبع من أصلها عينان، فيشربون من إحداهما، فتغسل ما في بطونهم من دنس، ويغتسلون من الأخرى؛ فلا تشعث أبشارهم ولا أشعارهم بعدها أبدا، وتجري عليهم نضرة النعيم، فينتهون، أو فيأتون باب الجنة، فإذا حلقة من ياقوتة حمراء على صفائح الذهب، فيضربون بالحلقة على الصفحة؛ فيسمع لها طنين يا علي، فيبلغ كل حوراء أن زوجها قد أقبل، فتبعث قيمها فيفتح له، فإذا رآه خر له -قال مسلمة: أراه قال: ساجدا-، فيقول: ارفع رأسك؛ فإنما أنا قيمك، وكلت بأمرك. فيتبعه ويقفو أثره، فتستخف الحوراء العجلة فتخرج من خيام الدر والياقوت حتى تعتنقه، ثم تقول: أنت حبي وأنا حبك، وأنا الخالدة التي لا أموت، وأنا الناعمة التي لا أبأس، وأنا الراضية التي لا أسخط، وأنا المقيمة التي لا أظعن. فيدخل بيتا من أسه إلى سقفه مئة ألف ذراع، بناؤه على جندل اللؤلؤ طرائق، أحمر وأصفر وأخضر، ليس منها طريقة تشاكل صاحبتها، وفي البيت سبعون سريرا، على كل سرير سبعون حشية، على كل حشية سبعون زوجة، على كل زوجة سبعون حلة، يرى مخ ساقها من وراء الحلل، يقضي جماعها في مقدار ليلة من لياليكم هذه، الأنهار من تحتهم تطرد، أنهار من ماء غير آسن -قال: صاف لا كدر فيه- وأنهار من لبن لم يتغير طعمه، ولم يخرج من ضروع الماشية، وأنهار من خمر لذة للشاربين، لم يعتصرها الرجال بأقدامهم، وأنهار من عسل مصفى، لم يخرج من بطون النحل، فيستجلي الثمار، فإن شاء أكل قائما، وإن شاء قاعدا، وإن شاء متكئا، ثم تلا: {ودانية عليهم ظلالها وذللت قطوفها تذليلا} [الإنسان: 14]، فيشتهي الطعام فيأتيه طير أبيض -وربما قال أخضر- فترفع أجنحتها، فيأكل من جنوبها أي الألوان شاء، ثم تطير فتذهب، فيدخل الملك، فيقول: سلام عليكم {تلك الجنة التي أورثتموها بما كنتم تعملون} [الزخرف: 72]، ولو أن شعرة من شعر الحوراء وقعت لأهل الأرض لأضاءت الشمس معها، سواد في نور.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Demi jiwaku yang berada di tangan-Nya! Sesungguhnya apabila mereka keluar dari kubur mereka, mereka akan diberikan unta yang mempunyai sayap serta kelengkapan daripada emas, tali selipar mereka bercahaya, setiap langkah adalah sejauh mata memandang, lalu mereka berhenti di sebuah pokok yang mengalir dari pangkalnya dua mata air, lalu mereka minum salah satu daripadanya lalu ia membersihkan apa yang ada dalam perut mereka daripada kotoran, dan mereka mandi daripada mata air yang satu lagi, lalu kulit dan rambut mereka tidak kotor lagi selepas itu selama-lamanya, dan mengalirlah kepada mereka pemandangan yang indah, lalu mereka mendatangi pintu syurga, lalu datanglah gelang daripada Yakut (permata) berwarna merah di atas pinggan emas, lalu mereka meletakkan gelang-gelang itu ke atas pinggan itu. Lalu terdengarlah satu bunyi (Wahai Ali!). Lalu sampailah kepada semua bidadari bahawa suami mereka telah sampai, maka dihantar yang mengetuai mereka, dan dibukakan kepadanya, apabila melihatnya dia tertunduk. Maslamah berkata: Aku rasa dia berkata: (tertunduk) sujud. Dia berkata: Angkatlah kepalamu, aku ialah ketuamu, aku diutuskan menguruskan urusanmu, lalu ia mengikutinya dan mengikuti jejaknya, lalu bidadari itu bersegera dan keluar dari khemah-khemah yang diperbuat daripada Dur (mutiara) dan Yakut (permata) sehingga memeluknya kemudian berkata: Engkaulah kekasihku, dan aku kekasihmu dan akulah yang kekal dan tidak mati, akulah kenikmatan yang tidak hilang, akulah yang sentiasa reda dan tidak marah, akulah yang tetap dan tidak beredar, lalu dia memasuki rumah yang dari bawah ke atapnya adalah 1000 hasta, ia dibina daripada mutiara, yang berwarna merah, kuning dan hijau, tidak ada salah satu daripadanya pun yang sama dengan yang lain, dalam rumah itu ada 70 katil, dan pada setiap katil ada hamparan, pada setiap hamparan ada 70 orang bidadari, pada setiap bidadari ada 70 perhiasan, nampak isi betisnya di sebalik perhiasan itu, berjimak dengannya adalah bersamaan sepanjang malam dari malam-malam kamu ini, sungai-sungai mengalir di bawah mereka, sungai yang dipenuhi air yang tidak berubah warna dan baunya. Dia berkata: Ia sangat jernih dan tidak mempunyai kotoran, ia juga ada sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya, ia tidak keluar dari haiwan ternakan, ada juga sungai daripada arak yang sangat lazat bagi peminumnya, ia tidak diperah oleh orang lelaki dengan kaki mereka, ada juga sungai daripada madu, tetapi bukan keluar dari perut lebah, buah-buah juga tampak, jika mahu boleh dimakan secara berdiri mahupun duduk ataupun secara berbaring. Kemudian dibacakan: {Sedang naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya} [Surah al-Insān ayat 14], lalu dia mahukan makanan, lalu datanglah burung berwarna putih, ataupun barangkali dia berkata: hijau, lalu diangkat sayapnya, lalu dimakan dari sisinya apa-apa sahaja warna yang dikehendakinya, lalu ia terbang pergi. Lalu datang malaikat dan berkata: Salam sejahtera ke atas kamu. Dan (dikatakan lagi kepada mereka): {Inilah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan}. [Surah al-Zukhrūf ayat 72]. Jika ada sehelai rambut daripada rambut bidadari jatuh ke bumi, nescaya ia akan menerangi matahari bersamanya kehitaman pada cahayanya.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 692, hadis nombor 3559. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل؛ لوائح الوضع عليه ظاهرة) عن أبي معاذ البصري، قال: إن عليا كان ذات يوم عند رسول الله صلى الله عليه وسلم فقرأ هذه الآية: {يوم نحشر المتقين إلى الرحمن وفدا} [مريم: ٨٥]، فقال: ما أظن (الوفد) إلا الراكب يا رسول الله، فقال صلى الله عليه وسلم: ((والذي نفسي بيده! إنهم إذا خرجوا من قبورهم؛ يستقبلون -أو: يؤتون- بنوق بيض، لها أجنحة وعليها رحال الذهب، شرك نعالهم نور يتلألأ، كل خطوة منها مد البصر، فينتهون إلى شجرة ينبع من أصلها عينان، فيشربون من إحداهما، فتغسل ما في بطونهم من دنس، ويغتسلون من الأخرى؛ فلا تشعث أبشارهم ولا أشعارهم بعدها أبدا، وتجري عليهم نضرة النعيم، فينتهون -أو: فيأتون- باب الجنة، فإذا حلقة من ياقوتة حمراء على صفائح الذهب، فيضربون بالحلقة على الصفحة، فيسمع لها طنين -يا علي!-، فيبلغ كل حوراء أن زوجها قد أقبل، فتبعث قيمها؛ فيفتح له، فإذا رآه؛ خر له -قال مسلمة: أراه، قال:- ساجدا، فيقول: ارفع رأسك؛ فإنما أنا قيمك، وكلت بأمرك، فيتبعه ويقفو أثره، فتستخف الحوراء العجلة، فتخرج من خيام الدر والياقوت حتى تعتنقه، ثم تقول: أنت حبي وأنا حبك، وأنا الخالدة التي لا أموت، وأنا الناعمة التي لا أبأس، وأنا الراضية التي لا أسخط، وأنا المقيمة التي لا أظعن، فيدخل بيتا من أسه إلى سقفه مئة ألف ذراع، بناؤه على جندل اللؤلؤ، طرائق أحمر وأصفر وأخضر، ليس منها طريقة تشاكل صاحبتها، وفي البيت سبعون سريرا، على كل سرير سبعون حشية، على كل حشية سبعون زوجة، على كل زوجة سبعون حلة، يرى مخ ساقها من وراء الحلل، يقضي جماعها في مقدار ليلة من لياليكم هذه، الأنهار من تحتهم تطرد، أنهار من ماء غير آسن -قال: صاف لا كدر فيه-، وأنهار من لبن لم يتغير طعمه، لم يخرج من ضروع الماشية، وأنهار من خمر لذة للشاربين، لم يعتصرها الرجال بأقدامهم، وأنهار من عسل مصفى، لم يخرج من بطون النحل، فيستجلي الثمار، فإن شاء؛ أكل قائما، وإن شاء؛ قاعدا، وإن شاء؛ متكئا، ثم تلا: {ودانية عليهم ظلالها وذللت قطوفها تذليلا} [الإنسان: ١٤]، فيشتهي الطعام؛ فيأتيه طير أبيض -وربما قال: أخضر-، فترفع أجنحتها؛ فيأكل من جنوبها أي الألوان شاء، ثم تطير فتذهب، فيدخل الملك فيقول: سلام عليكم، {تلكم الجنة التي أورثتموها بما كنتم تعملون} [الزخرف: ٧٢]، ولو أن شعرة من شعر الحوراء وقعت لأهل الأرض؛ لأضاءت الشمس معها سواد في نور)). [ابن أبي حاتم في ((التفسير))، ((الضعيفة)) (٦٧٢٤)]

(Batil, tanda kepalsuan sangat jelas padanya) Daripada Abū Mu‘ādh al-Baṣrī, beliau berkata: Sesungguhnya ‘Alī berada bersama dengan Rasulullah SAW lalu membaca ayat: {(Ingatlah) hari kami himpunkan orang-orang yang bertakwa untuk menghadap Al-Rahman, dengan berpasuk-pasukan} [Surah Maryam ayat 85] dan berkata: Aku tidak menyangka (rombongan) kecuali orang yang menaiki kenderaan wahai Rasulullah SAW, baginda seraya berkata: “Demi jiwaku yang berada di tangan-Nya! Sesungguhnya apabila mereka keluar dari kubur mereka, mereka akan diberikan unta yang mempunyai sayap serta kelengkapan daripada emas, tali selipar mereka bercahaya, setiap langkah adalah sejauh mata memandang, lalu mereka berhenti di sebuah pokok yang mengalir dari pangkalnya dua mata air, lalu mereka minum salah satu daripadanya lalu ia membersihkan apa yang ada dalam perut mereka daripada kotoran, dan mereka mandi daripada mata air yang satu lagi, lalu kulit dan rambut mereka tidak kotor lagi selepas itu selama-lamanya, dan mengalirlah kepada mereka pemandangan yang indah, lalu mereka mendatangi pintu syurga, lalu datanglah gelang daripada Yakut (permata) berwarna merah di atas pinggan emas, lalu mereka meletakkan gelang-gelang itu ke atas pinggan itu. Lalu terdengarlah satu bunyi (Wahai Ali!). Lalu sampailah kepada semua bidadari bahawa suami mereka telah sampai, maka dihantar yang mengetuai mereka, dan dibukakan kepadanya, apabila melihatnya dia tertunduk. Maslamah berkata: Aku rasa dia berkata: (tertunduk) sujud. Dia berkata: Angkatlah kepalamu, aku ialah ketuamu, aku diutuskan menguruskan urusanmu, lalu ia mengikutinya dan mengikuti jejaknya, lalu bidadari itu bersegera dan keluar dari khemah-khemah yang diperbuat daripada Dur (mutiara) dan Yakut (permata) sehingga memeluknya kemudian berkata: Engkaulah kekasihku, dan aku kekasihmu dan akulah yang kekal dan tidak mati, akulah kenikmatan yang tidak hilang, akulah yang sentiasa reda dan tidak marah, akulah yang tetap dan tidak beredar, lalu dia memasuki rumah yang dari bawah ke atapnya adalah 1000 hasta, ia dibina daripada mutiara, yang berwarna merah, kuning dan hijau, tidak ada salah satu daripadanya pun yang sama dengan yang lain, dalam rumah itu ada 70 katil, dan pada setiap katil ada hamparan, pada setiap hamparan ada 70 orang bidadari, pada setiap bidadari ada 70 perhiasan, nampak isi betisnya di sebalik perhiasan itu, berjimak dengannya adalah bersamaan sepanjang malam dari malam-malam kamu ini, sungai-sungai mengalir di bawah mereka, sungai yang dipenuhi air yang tidak berubah warna dan baunya. Dia berkata: Ia sangat jernih dan tidak mempunyai kotoran, ia juga ada sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya, ia tidak keluar dari haiwan ternakan, ada juga sungai daripada arak yang sangat lazat bagi peminumnya, ia tidak diperah oleh orang lelaki dengan kaki mereka, ada juga sungai daripada madu, tetapi bukan keluar dari perut lebah, buah-buah juga tampak, jika mahu boleh dimakan secara berdiri mahupun duduk ataupun secara berbaring. Kemudian dibacakan: {Sedang naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya} [Surah al-Insān ayat 14], lalu dia mahukan makanan, lalu datanglah burung berwarna putih, ataupun barangkali dia berkata: hijau, lalu diangkat sayapnya, lalu dimakan dari sisinya apa-apa sahaja warna yang dikehendakinya, lalu ia terbang pergi. Lalu datang malaikat dan berkata: Salam sejahtera ke atas kamu. Dan (dikatakan lagi kepada mereka): {Inilah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan}. [Surah al-Zukhrūf ayat 72]. Jika ada sehelai rambut daripada rambut bidadari jatuh ke bumi, nescaya ia akan menerangi matahari bersamanya kehitaman pada cahayanya”. [Riwayat Ibn Abī Ḥātim dalam al-Tafsīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6724]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs