TEKS BAHASA ARAB
والذي نفسي بيده! إن الدنيا أهون على الله من هذه السخلة على أهلها، ولو كانت الدنيا تعدل عند الله مثقال حبة من خردل؛ لم يعطها إلا أولياءه وأحباءه من خلقه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya, sesungguhnya dunia ini lebih rendah nilainya di sisi Allah berbanding anak kambing ini pada tuannya. Sekiranya dunia ini menyamai berat sebiji sawi di sisi Allah, nescaya Dia tidak akan memberikannya kecuali kepada para wali-Nya dan kesayangan-Nya dalam kalangan ciptaan-Nya.
STATUS
Munkar dengan konteks ini
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 440, hadis nombor 2356. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا السياق) عن ابن عمر – رضي الله عنهما -، قال: قال ﷺ: «والذي نفسي بيده! إن الدنيا أهون على الله من هذه السخلة على أهلها، ولو كانت الدنيا تعدل عند الله مثقال حبة من خردل؛ لم يعطها إلا أولياءه وأحباءه من خلقه». [طب، «الضعيفة» (6693)].
(Munkar Dengan Konteks Ini) Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: “Demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya, sesungguhnya dunia ini lebih rendah nilainya di sisi Allah berbanding anak kambing ini pada tuannya. Sekiranya dunia ini menyamai berat sebiji sawi di sisi Allah, nescaya Dia tidak akan memberikannya kecuali kepada para wali-Nya dan kesayangan-Nya dalam kalangan ciptaan-Nya.” [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6693].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.