Di antara perkara yang mengundang kemurkaan Allah

TEKS BAHASA ARAB

إن من سخط الله عز وجل على العباد أن يسلط عليهم صبيانهم في مساجدهم فينهونهم فلا ينتهون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Di antara perkara yang mengundang kemurkaan Allah ke atas hamba-hambaNya adalah ketika kanak-kanak mereka menguasai mereka di masjid-masjid mereka. Mereka melarangnya tetapi kanak-kanak mereka tidak berhenti daripada berbuat demikian.

STATUS

Terdapat perawi bermasalah pada sanadnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 37. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في الذيل «إن من سخط الله عز وجل على العباد أن يسلط عليهم صبيانهم في مساجدهم فينهونهم فلا ينتهون» فيه سلم متروك معاذ رفعه.

Di dalam kitab al-Zayl :
“Di antara perkara yang mengundang kemurkaan Allah ke atas hamba-hambaNya adalah ketika kanak-kanak mereka menguasai mereka di masjid-masjid mereka. Mereka melarangnya tetapi kanak-kanak mereka tidak berhenti daripada berbuat demikian.”
Di dalam sanad hadith tersebut terdapat Salam. Beliau adalah perawi yang matruk yang meriwayatkan daripada Muaz secara marfu’.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs