Dia ialah cicak anak kepada cicak, yang dilaknat anak kepada yang dilaknat

TEKS BAHASA ARAB

هو الوزغ ابن الوزغ، الملعون ابن الملعون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dia ialah cicak anak kepada cicak, yang dilaknat anak kepada yang dilaknat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1782, hadis nombor 8971. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الرحمن بن عوف -رضي الله عنه-، قال: كان لا يولد لأحد مولود إلا أتى به النبي صلى الله عليه وسلم فدعا له، فأدخل عليه مروان بن الحكم، فقال: ((هو الوزغ ابن الوزغ، الملعون ابن الملعون)). [ك، ((الضعيفة)) (348)]

(Palsu)
Daripada ‘Abd al-Raḥmān bin ‘Auf RA, beliau berkata: Tidak dilahirkan untuk seseorang anak melainkan dia akan membawanya kepada Nabi SAW lalu baginda berdoa untuknya. Maka ketika dibawakan kepada baginda Marwān bin al-Ḥakam lalu baginda berkata: Dia ialah cicak anak kepada cicak, yang dilaknat anak kepada yang dilaknat.
[Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 348]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs