Dia membiarkan kukunya seperti kuku burung

TEKS BAHASA ARAB

يجيء أحدكم يسأل عن خبر السماء ويدع أظافره كأظافير الطير تجتمع فيه الجنابة والتفث.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang daripada kalian datang bertanya tentang khabar langit, sedangkan dia membiarkan kukunya seperti kuku burung. Berkumpul dalamnya junub dan kotoran!

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 559, hadis nombor 2902. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عَنْ أبي أيوب الأنصاري -رضي الله عنه- قال: أتى رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم يسأله عن خبر السماء وأظفاره كأظفار الطير، فقال: ((يجيء أحدكم يسأل عن خبر السماء؟ ويدع أظافره كأظافير الطير، تجتمع فيه الجنابة والتفث!)).
[عد، تخ، حم، طب، ((الضعيفة)) (6419)]

(Lemah)
Daripada Abu Ayyub al-Ansari RA, beliau berkata: Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW bertanya Baginda tentang khabar langit, sedangkan kukunya seperti kuku burung. Lalu Baginda berkata: “Seorang daripada kalian datang bertanya tentang khabar langit, sedangkan dia membiarkan kukunya seperti kuku burung. Berkumpul dalamnya junub dan kotoran!”
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam kitab al-Kamil fi al-Du‘afa’, al-Bukhari dalam kitab al-Tarikh al-Kabir, Ahmad bin Hanbal, dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6419]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.