Dia telah pergi meminta air daripada Telaga Sulaiman yang berada di Bait al-Maqdis

TEKS BAHASA ARAB

أنه ذهب يستسقي من (جب سليمان) الذي في بيت المقدس، فانقطع دلوه، فنزل الجب ليخرجه، فبينما هو يطلبه في نواحي الجب، إذ هو بشجرة، فتناول ورقة من الشجرة، فأخرجها معه، فإذا هي ليست من شجر الدنيا (!) فأتى بها عمر بن الخطاب، فقال: أشهد أن هذا لهو الحق، سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((يدخل رجل من هذه الأمة الجنة قبل موته)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bahawa dia telah pergi meminta air daripada telaga Sulaiman yang berada di Bait al-Maqdis, lalu timbanya terputus. Lalu dia turun ke dalam telaga untuk mengeluarkannya. Ketika dia berada di dalam telaga, dia terjumpa pokok lalu dia mengambil sehelai daunnya dan membawanya keluar. Rupa-rupanya ia bukan pokok dunia. Lalu dia membawanya berjumpa Umar bin al-Khattab RA dan berkata: Aku bersaksi bahawa ia benar. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Seorang lelaki dari umat ini memasuki syurga sebelum kematiannya.”

STATUS

Batil dan Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 685, hadis nombor 3522. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل و منكر) عن شريك بن خُباشة النميري: أنه ذهب يستسقي من (جب سليمان) الذي في بيت المقدس، فانقطع دلوه، فنزل الجب ليخرجه، فبينما هو يطلبه في نواحي الجب، إذ هو بشجرة، فتناول ورقة من الشجرة، فأخرجها معه، فإذا هي ليست من شجر الدنيا (!) فأتى بها عمر بن الخطاب، فقال: أشهد أن هذا لهو الحق، سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((يدخل رجل من هذه الأمة الجنة قبل موته)). [ابن حبان في ((الثقات))، الطبراني في ((مسند الشاميين))، ابم عساكر، ((الضعيفة)) (5571)]

(Batil dan Munkar) Daripada Syuraik bin Khubashah al-Numairi bahawa dia telah pergi meminta air daripada telaga Sulaiman yang berada di Bait al-Maqdis, lalu timbanya terputus. Lalu dia turun ke dalam telaga untuk mengeluarkannya. Ketika dia berada di dalam telaga, dia terjumpa pokok lalu dia mengambil sehelai daunnya dan membawanya keluar. Rupa-rupanya ia bukan pokok dunia. Lalu dia membawanya berjumpa Umar bin al-Khattab RA dan berkata: Aku bersaksi bahawa ia benar. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Seorang lelaki dari umat ini memasuki syurga sebelum kematiannya.” [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Thiqat, al-Tabarani dalam Musnad al-Syamiyyin dan Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5571]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs