Dinar-dinar dan dirham-dirham ialah cap mohor Allah di bumi-Nya

TEKS BAHASA ARAB

الدنانير والدراهم خواتيم الله في أرضه من جاء بخاتم مولاه قضيت حاجته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dinar-dinar dan dirham-dirham ialah cap mohor Allah di bumi-Nya. Barangsiapa yang datang dengan cop mohor tuannya maka hajatnya akan ditunaikan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 140. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في المقاصد «الدنانير والدراهم خواتيم الله في أرضه من جاء بخاتم مولاه قضيت حاجته» للطبراني.

Dalam kitab al-Maqasid terdapat hadis "Dinar-dinar dan dirham-dirham ialah cap mohor Allah di bumi-Nya. Barangsiapa yang datang dengan cop mohor tuannya maka hajatnya akan ditunaikan." Ia diriwayatkan oleh al-Tabarani.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs