Ditunjukkan kepadaku amalan-amalan umatku. Lalu aku mendapati antaranya ada yang diterima dan ada yang ditolak, melainkan selawat ke atasku (pasti diterima)

TEKS BAHASA ARAB

عرضت علي أعمال أمتي فوجدت منها المقبول والمردود، إلا الصلاة علي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ditunjukkan kepadaku amalan-amalan umatku. Lalu aku mendapati antaranya ada yang diterima dan ada yang ditolak, melainkan selawat ke atasku (pasti diterima).

STATUS

Tidak ditemui asalnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 101, hadis nombor 82. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال السيوطي: لم أقف له على سند.

Al-Suyuthi berkata: Aku tidak menjumpai sanad baginya.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs