Doa seorang ayah kepada anaknya seperti doa Nabi kepada umatnya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: دعاء الوالد لولده كدعاء النبي لأمته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Doa seorang ayah kepada anaknya seperti doa Nabi kepada umatnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 80-81, hadis nombor 199. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه أبو نعيم والديلمي عن أنس، وحكم ابن الجوزي بوضعه، وقال: قال أحمد: حديث باطل منكر، وأقره السيوطي في مختصره، وأورده في جامعه.

Abu Nu’aim dan al-Dailami telah meriwayatkannya daripada Anas. Ibn al-Jauzi menghukumnya palsu dan beliau berkata: Ahmad berkata: Hadith batil lagi munkar.
Al-Suyuti dan lain-lain bersetuju dengan beliau dalam Mukhtasar beliau. Namun, beliau telah memasukkannya dalam Jami’ beliau.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs