Doa untuk memohon keselamatan ahli keluarga daripada gangguan syaitan

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا غشي أهله فأنزل؛ قال: اللهم! لا تجعل للشيطان فيما رزقتني نصيبا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adapun apabila Rasulullah SAW ingin menggauli isterinya, baginda akan berdoa:
“Ya Allah! Jangan jadikan bagi syaitan bahagian daripada apa yang Engkau rezekikan kepadaku.”

STATUS

Lemah dan mawquf

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1578, hadis nombor 7986. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف وموقوف) عن ابن مسعود- رضي الله عنه-: (( كان إذا غشي أهله فأنزل؛ قال: اللهم! لا تجعل للشيطان فيمارزقتني نصيبا)). [ش، ((الضعيفة)) (6930)].

(Lemah dan mawquf)
Daripada Ibn Mas’ud RA: ((Adapun apabila Rasulullah SAW menyelimuti ahli keluarganya kemudian baginda ingin mendatangi mereka, baginda akan berdoa:
“Ya Allah! Jangan jadikan bagi syaitan bahagian daripada apa yang Engkau rezekikan kepadaku.”))
[Riwayat Ibn Abī Shaybah di dalam Muṣannaf. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.6930].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs