Dua (malaikat) peniup (sangkakala) berada di langit yang kedua. Kepala salah satu(malaikat) berada di timur, manakala kedua kakinya di barat

TEKS BAHASA ARAB

النفاخان في السماء الثانية: رأس أحدهما بالمشرق ورجلاه بالمغرب – أو قال: رأس أحدهما بالمغرب، ورجلاه بالمشرق ينتظران متى يؤمران ينفخان في الصور فينفخان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dua (malaikat) peniup (sangkakala) berada di langit yang kedua. Kepala salah satu(malaikat) berada di timur, manakala kedua kakinya di barat – atau Baginda bersabda: Kepala salah satunya di barat dan kedua kakinya di timur – kedua-duanya sedang menunggu bilakah waktunya mereka akan dperintahkan untuk meniup sangkakala, lalu mereka pun akan meniup.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 583, hadis nombor 2997. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الله بن عمرو – رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((النافخان فِي ‌السَّمَاءِ ‌الثَّانِيَةِ: رَأْسُ أَحَدِهِمَا بِالْمَشْرِقِ وَرِجْلَاهُ بِالْمَغْرِبِ – أَوْ قَالَ: رَأْسُ أَحَدِهِمَا بِالْمَغْرِبِ، وَرِجْلَاهُ بِالْمَشْرِقِ يَنْتَظِرَانِ مَتَى يُؤْمَرَانِ يَنْفُخَانِ فِي الصُّورِ فَيَنْفُخَانِ)). [حم، ((الضعيفة)) (6896)]

(Sangat lemah) Daripada Abdullah bin Amru RA berkata: (Rasulullah) SAW bersabda: Dua (malaikat) peniup (sangkakala) berada di langit yang kedua. Kepala salah satu(malaikat) berada di timur, manakala kedua kakinya di barat – atau Baginda bersabda: Kepala salah satunya di barat dan kedua kakinya di timur – kedua-duanya sedang menunggu bilakah waktunya mereka akan diperintahkan untuk meniup sangkakala, lalu mereka pun akan meniup. [Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6896].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs