Fatihatul kitab adalah penawar

TEKS BAHASA ARAB

حديث: فاتحة الكتاب شفاء من كل داء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Fatihatul kitab adalah penawar bagi setiap penyakit.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 229, hadis nombor 734. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيث: يس لما قُرِئت لَهُ. قَالَ السخاوي: لَا أصل لَهُ بِهَذَا اللَّفْظ، وَهُوَ بَين جمَاعَة الشَّيْخ إِسْمَاعِيل الجبرتي بِالْيمن قَطْعِيّ للتجربة. وَأما حَدِيث: الْفَاتِحَة لما قَرَأت لَهُ. فَعَزاهُ الزَّرْكَشِيّ للبيهقي فِي الشّعب، وَتعقبه السُّيُوطِيّ بِأَنَّهُ لَا وجود لَهُ فِي الشّعب. وَإِنَّمَا الْمَوْجُود: فَاتِحَة الْكتاب شِفَاء من كل دَاء، وَأخرج أَبُو الشَّيْخ فِي كتاب الثَّوَاب عَن عَطاء قَالَ: إِذا أردْت حَاجَة فاقرأ فَاتِحَة الْكتاب حَتَّى تختمها تقضى إِن شَاءَ الله تَعَالَى.

Hadith: “Surah Yasin bagi apa yang dibaca untuknya (dimakbulkan)”.
Al-Sakhawi berkata: Tiada asalnya dengan lafaz ini. Namun di sisi pengikut Syeikh Ismail al-Jibrati ia adalah qat’i kerana terbukti.
Manakala Hadith: Surah Al-Fatihah bagi apa yang dibaca untuknya (dimakbulkan). Al-Zarkasyi menyatakan ia diriwayatkan oleh al-Baihaqi di dalam kitab al-Syu’ab, al-Suyuti menguatkan bahawa hadith ini tidak wujud di dalam kitab al-Syu’ab.
Yang ada ialah Hadith: “Fatihatul kitab adalah penawar bagi setiap penyakit.” Abu Syeikh meriwayatkan dalam kitab al-Thawab daripada ‘Ata’: Apabila engkau menginginkan sesuatu hajat, maka bacalah al-Fatihah sehingga khatam, in sha Allah hajat itu akan tercapai.”

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs