Golongan lelaki dan wanita yang menjauhi empat perkara ini akan masuk mana-mana pintu syurga

TEKS BAHASA ARAB

من اجتنب من الرجال أربعا؛ فتحت له أبواب الجنة، يدخل من أيها شاء: الدماء، والأموال، والفروج، والأشربة. ومن النساء: إذا صلت خمسها، وصامت شهرها، وأحصنت فرجها، وأطاعت زوجها؛ فتحت لها أبواب الجنة الثمانية؛ تدخل من أيها شاءت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa daripada kalangan lelaki yang menjauhi empat perkara ini, nescaya akan dibukakan baginya pintu-pintu syurga, dia masuk dari mana-mana pintu yang dia mahu: Darah, harta, kemaluan dan minuman. Manakala daripada kalangan wanita, sekiranya dia solat lima waktu, berpuasa pada bulannya, menjaga kemaluannya, dan taat kepada suaminya, nescaya akan dibukakan baginya pintu syurga yang lapan. Dia masuk dari mana-mana pintu yang dia mahu.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 796, hadis nombor 4100. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أنس بن مالك رضي الله عنه مرفوعاً: من اجتنب من الرجال أربعاً؛ فتحت له أبواب الجنة، يدخل من أيها شاء: الدماء، والأموال، ‌والفروج، والأشربة. ومن النساء: إذا صلت خمسها، وصامت شهرها، وأحصنت فرجها، وأطاعت زوجها؛ فتحت لها أبواب الجنة الثمانية؛ تدخل من أيها شاءت.
[عد، السهمي، (الضعيفة) (4534)]

(Sangat Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa daripada kalangan lelaki yang menjauhi empat perkara ini, nescaya akan dibukakan baginya pintu-pintu syurga, dia masuk dari mana-mana pintu yang dia mahu: Darah, harta, kemaluan dan minuman. Manakala daripada kalangan wanita, sekiranya dia solat lima waktu, berpuasa pada bulannya, menjaga kemaluannya, dan taat kepada suaminya, nescaya akan dibukakan baginya pintu syurga yang lapan. Dia masuk dari mana-mana pintu yang dia mahu.
[Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil dan al-Sahmī dalam Tārīkh Jurjān. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4534]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs