Golongan Qadariyyah dilaknat melalui lidah 70 orang Nabi

TEKS BAHASA ARAB

لعنت القدرية على لسان سبعين نبيا، آخرهم محمد صلى الله عليه وسلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Golongan Qadariyyah dilaknat melalui lidah 70 orang Nabi, yang terakhir ialah Muhammad SAW.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1912, hadis nombor 9602. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن علي رضي الله عنه عن رسول الله ﷺ قال: لُعِنَتِ القدريةُ على لِسَانِ سبعينَ نبياً، آخرهم محمدٌ صلى الله عليه وسلم.
[الدارقطني وابن الجوزي كلاهما في ((العلل))، ((الضعيفة)) (5581)]

(Lemah)
Daripada Ali RA daripada Rasulullah SAW. Baginda bersabda: Golongan Qadariyyah dilaknat melalui lidah 70 orang Nabi, yang terakhir ialah Muhammad SAW.
[Riwayat al-Daruqutni dan Ibn al-Jauzi, kedua-duanya dalam al-Ilal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5581]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs