Hadis anjuran menyanggahi hadis berpandukan kitab (iaitu al-Qur’an) dan al-Sunnah

TEKS BAHASA ARAB

إذا سمعتم عني حديثا فاعرضوه على الكتاب والسنة، فإن وافق فارووه عني، وإن لم يوافق الكتاب والسنة فلا ترووه عني.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kalian mendengar suatu hadis, maka sanggahilahnya atas kitab (iaitu al-Quran) dan al-Sunnah, jika hadis tersebut dipersetujui maka riwayatkanlah hadis tersebut daripada aku, dan jika tidak dipersetujui (berlawanan) daripada al-Qur’an dan al-Sunnah maka janganlah meriwayatkan hadis tersebut daripada aku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 121, hadis nombor 152. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قَالَ ابْنُ تَيْمِيَةَ: ضَعَّفَهُ غَيْرُ وَاحِدٍ مِنَ الأَئِمَّةِ كَالشَّافِعِيِّ وَغَيْرِهِ.

Ibnu Taimiyyah telah berkata: Dinilai lemah oleh bukan seorang daripada kalangan para ulama seperti Imam Syafi’i dan lain-lain.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs