Hadis solat tasbih

TEKS BAHASA ARAB

” صلاة التسبيح “.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Solat tasbih.

STATUS

Tidak ada asal, palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 129, hadis nombor 168. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال أحمد: لا أصل له. وقال ابن الجوزي: موضوع. واحتج بذلك الحنابلة في عدم استحباب صلاة التسبيح، وصححه أئمة الشافعية، وأفرد السيوطي صحته بمؤلف.

Imam Ahmad telah berkata: Hadis ini tidak ada asalnya. Ibnu Jauzi telah berkata: Hadis ini palsu. Dan mazhab Hanabilah telah berhujah dengan hadis ini untuk mengatakan bahawa solat tasbih tidak digalakkan. Dan para imam dalam kalangan al-Syafi’iyyah telah mensahihkannya, dan Imam al-Suyuthi telah menulis buku khas tentang kesahihannya.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.