Hampir-hampir munculnya kejahilan dan tersembunyinya ilmu

TEKS BAHASA ARAB

يوشك أن يظهر الجهل ويخزن العلم ويتواصل الناس بألسنتهم ويتباعدون بقلوبهم فإذا فعلوا ذلك طبع الله على قلوبهم وسمعهم وأبصارهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hampir-hampir munculnya kejahilan dan tersembunyinya ilmu. Manusia saling berhubungan dengan lidah-lidah mereka, sedangkan jantung hati mereka saling berjauhan. Apabila mereka melakukan yang demikian itu, maka Allah SWT akan mengunci jantung hati mereka, pendengaran serta penglihatan mereka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 120, hadis nombor 618. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر رضي الله عنهما مرفوعا: يوشك أن يظهر الجهل، ويخزن العلم ويتواصل الناس بألسنتهم ويتباعدون بقلوبهم فإذا فعلوا ذلك طبع الله على قلوبهم وسمعهم وأبصارهم. [أبو يعلى في المعجم، الضعيفة (5528)]

(Palsu) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW) : Hampir-hampir munculnya kejahilan dan tersembunyinya ilmu. Manusia saling berhubungan dengan lidah-lidah mereka, sedangkan jantung hati mereka saling berjauhan. Apabila mereka melakukan yang demikian itu, maka Allah SWT akan mengunci jantung hati mereka, pendengaran serta penglihatan mereka. [Diriwayatkan oleh Abū Ya‘lā dalam al-Mu‘jam. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5528]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs