Hamzah bin ‘Abd al-Muttalib singa Allah, dan singa Rasul-Nya

TEKS BAHASA ARAB

والذي نفسي بيده ! إنه لمكتوب عند الله في السماء السابعة حمزة بن عبد المطلب أسد الله ، وأسد رسوله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Demi yang jiwaku di tangan-Nya! Sesungguhnya telah tertulis di sisi Allah di langit ketujuh bahawa Hamzah bin ‘Abd al-Muttalib singa Allah, dan singa Rasul-Nya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 554, hadis nombor 2885. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي لبيبة الأشهلي – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((والذي نفسي بيده! إنه لمكتوب عند الله في السماء السابعة حمزة بن عبد المطلب أسد الله، وأسد رسوله)).
[طب، ك، ((الضعيفة)) (6355)]

(Munkar)
Daripada Abu Lubabah al-Ashhali RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Demi yang jiwaku di tangan-Nya! Sesungguhnya telah tertulis di sisi Allah di langit ketujuh bahawa Hamzah bin ‘Abd al-Muttalib singa Allah, dan singa Rasul-Nya.”
[Riwayat al-Tabarani dalam kitab al-Mu’jam al-Kabir dan al-Hakim dalam kitab al-Mustadrak. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6355]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs