Harga mahal dan harga murah merupakan dua tentera daripada tentera-tentera Allah

TEKS BAHASA ARAB

الغلاء والرخص جندان من جنود الله، اسم أحدهما: الرغبة، والآخر الرهبة، فإذا أراد الله أن يغليه قذف في قلوب التجار الرغبة فحبسوا ما في أيديهم، وإذا أراد الله أن يرخصه قذف في قلوب التجار الرهبة فأخرجوا ما في أيديهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Harga mahal dan harga murah merupakan dua tentera daripada tentera-tentera Allah. Salah satunya bernama “keinginan” dan satu lagi bernama “ketakutan”. Apabila Allah ingin memahalkan, Dia campakkan keinginan dalam diri para peniaga lalu mereka menyembunyikan apa yang ada pada mereka dan apabila Allah ingin memurahkan, Dia campakkan ketakutan dalam diri para peniaga lalu mereka akan mengeluarkan apa yang ada di tangan mereka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 596, hadis nombor 3073. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس –رضي الله عنه– مرفوعا: ((‌الغلاء والرخص جندان من جنود الله، اسم أحدهما: الرغبة، والآخر الرهبة، فإذا أراد الله أن يغليه قذف في قلوب التجار الرغبة فحبسوا ما في أيديهم، وإذا أراد الله أن يرخصه قذف في قلوب التجار الرهبة فأخرجوا ما في أيديهم)). [عق، ((الضعيفة)) (1213)]

(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): Harga mahal dan harga murah merupakan dua tentera daripada tentera-tentera Allah. Salah satunya bernama “keinginan” dan satu lagi bernama “ketakutan”. Apabila Allah ingin memahalkan, Dia campakkan keinginan dalam diri para peniaga lalu mereka menyembunyikan apa yang ada pada mereka dan apabila Allah ingin memurahkan, Dia campakkan ketakutan dalam diri para peniaga lalu mereka akan mengeluarkan apa yang ada di tangan mereka. [Riwayat al-Uqaili dalam kitab al-Ḍhu’afa’ al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1213].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs