Hendaklah diulang solat kerana kadar darah sebesar satu dirham

TEKS BAHASA ARAB

تعاد الصلاة من قدر الدرهم من الدم ، ( وفي لفظ ) إذا كان في الثوب قدر الدرهم من الدم ، غسل الثوب وأعيدت الصلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah diulang solat kerana kadar darah sebesar satu dirham. Dan dalam lafaz yang lain: Jika terdapat pada pakaian darah sebesar satu dirham, hendaklah dibasuh baju itu dan diulang solat itu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 345, hadis nombor 1810. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: «تعاد الصلاة من قدر الدرهم من الدم»، وفي لفظ: «إذا كان في الثوب قدر الدرهم من الدم؛ غسل الثوب، وأعيدت الصلاة». [ابن حبان في «الضعفاء»، هق، قط، «الضعيفة» (148)]

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Hendaklah diulang solat kerana kadar darah sebesar satu dirham. Dan dalam lafaz yang lain: Jika terdapat pada pakaian darah sebesar satu dirham, hendaklah dibasuh baju itu dan diulang solat itu. [Riwayat Ibn Ḥibbān dalam kitab al-Ḍu‘afā’, al-Bayhaqī dalam al-Sunan al-Kubrā, al-Dāraqutnī dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 148]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs