Hendaklah kalian melazimi bekam pada di bahagian al-Qamahudawah (tonjolan tulang leher di belakang kepala)

TEKS BAHASA ARAB

عليكم بالحجامة في جوزة القمحدوة؛ فإنه دواء من اثنين وسبعين داء وخمسة أدواء؛ من الجنون والجذام والبرص ووجع الأضراس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah kalian melazimi bekam pada di bahagian al-Qamahudawah (tonjolan tulang leher di belakang kepala), kerana sesungguhnya ia merupakan rawatan terhadap 72 jenis penyakit dan lima penyakit tersembunyi (iaitu): Gila, kusta, sopak dan sakit gigi geraham.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1178, hadis nombor 5961. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن صهيب – رضي الله عنه – مرفوعا: ((عليكم بالحجامة في جوزة القمحدوة؛ فإنه دواء من اثنين وسبعين داء وخمسة أدواء؛ من الجنون والجذام والبرص ووجع الأضراس)). [طب، ابن السني، أبو نعيم في ((الطب))، ((الضعيفة)) (3894)]

(Lemah) Daripada Suhaib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hendaklah kalian melazimi bekam pada di bahagian al-Qamahudawah (tonjolan tulang leher di belakang kepala), kerana sesungguhnya ia merupakan rawatan terhadap 72 jenis penyakit dan lima penyakit tersembunyi (iaitu): Gila, kusta, sopak dan sakit gigi geraham. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibn al-Sunni, dan Abu Nu’aim dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3894]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs