Hendaklah kalian melazimi ketua pohon pewarna iaitu inai

TEKS BAHASA ARAB

عليكم بسيد الخضاب الحناء؛ يطيب البشرة ويزيد في الجماع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah kalian melazimi ketua pohon pewarna iaitu inai, ia boleh mencantikkan kulit dan meningkatkan persetubuhan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1178, hadis nombor 5965. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي رافع – رضي الله عنه -، قال: كنت عند رسول الله – صلى الله عليه وسلم- يوما جالسا إذ مسح بيده على رأسه، ثم قال: ((عليكم بسيد الخضاب الحناء؛ يطيب البشرة ويزيد في الجماع)). [الروياني، ابن شاذان في ((الفوائد))، فر، ((الضعيفة)) (3926)]

(Palsu) Daripada Abu Rafi’ RA telah berkata: Aku berada di sisi Rasulullah SAW, satu hari Baginda dalam keadaan duduk (sedang duduk), Baginda menyapu kepalanya dengan tangannya (mengusap-usap) kepalanya dengan tangannya lalu berkata: Hendaklah kalian melazimi ketua pohon pewarna iaitu inai, ia boleh mencantikkan kulit dan meningkatkan persetubuhan. [ٌRiwayat al-Ruyani, Ibn Syazan dalam Fawaid, dan al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat al-Da’ifah, no. 3926]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs