Hendaklah kamu berasa putus asa dengan apa yang ada dalam tangan manusia

TEKS BAHASA ARAB

عليك بالإياس مما في أيدي الناس، وإياك والطمع؛ فإنه الفقر الحاضر، وصل صلاتك وأنت مودع، وإياك وما تعتذر منه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah kamu berasa putus asa dengan apa yang ada dalam tangan manusia. Jauhilah sifat tamak; kerana ia merupakan kefakiran yang berlaku sekarang. Solatlah dengan solatmu seperti keadaan kamu hendak berpisah (meninggal dunia). Jauhilah perkara yang kamu akan menyesal daripadanya.

STATUS

Lemah secara keseluruhannya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2018, hadis nombor 10145. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بتمامه)
عن سعد بن أبي وقاص -رضي الله عنه-، قال: جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله! أوصني وأوجز، فقال له النبي صلى الله عليه وسلم: عليك بالإياس مما في أيدي الناس، وإياك والطمع؛ فإنه الفقر الحاضر، وصل صلاتك وأنت مودع، وإياك وما تعتذر منه.
[الروياني، ك، البيهقي في ((الزهد الكبير))، فر، الضياء في ((الخامس من الحكايات المنثورة))، ((الضعيفة)) (3881)]

(Lemah secara keseluruhannya)
Daripada Sa’ad bin Abī Waqqāṣ RA berkata: Seorang lelaki telah datang kepada Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah! Nasihatkanlah aku dan ringkaskanlah. Maka Nabi SAW berkata kepadanya: Hendaklah kamu berasa putus asa dengan apa yang ada dalam tangan manusia. Jauhilah sifat tamak; kerana ia merupakan kefakiran yang berlaku sekarang. Solatlah dengan solatmu seperti keadaan kamu hendak berpisah (meninggal dunia). Jauhilah perkara yang kamu akan menyesal daripadanya.
[Riwayat al-Rūyānī dalam Musnadnya, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqī dalam al-Zuhd al-Kabīr, al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws dan al-Ḍiyā’ dalam al-Khāmis min al-Hikāyāt al-Manthūrah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3881]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs