Hendaklah kamu berpegang dengan al-Qur'an kerana ia adalah kalam Rab (Tuhan) sekalian Alam

TEKS BAHASA ARAB

عليكم بالقرآن؛ فإنه كلام رب العالمين، هو [منه فآمنوا بمتشابهه]، واعتبروا بأمثاله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah kamu berpegang dengan al-Qur’an kerana ia adalah kalam Rab (Tuhan) sekalian Alam, ia berasal daripada-Nya. Maka berimanlah kamu dengan ayat-ayat mutasyabih (sama-samar) dalam al-Qur’an dan ambillah iktibar dengan perumpamaannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1472, hadis nombor 7502. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر – رضي الله عنه – مرفوعا: ((عليكم بالقرآن؛ فإنه كلام رب العالمين، هو [منه فآمنوا بمتشابهه]، واعتبروا بأمثاله)). [ فر، (( الضعيفة)) (3906)]

(Palsu)
Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hendaklah kamu berpegang dengan al-Qur’an kerana ia adalah kalam Rab (Tuhan) sekalian Alam, ia berasal daripada-Nya. Maka berimanlah kamu dengan ayat-ayat mutasyabih (sama-samar) dalam al-Qur’an dan ambillah iktibar dengan perumpamaannya.
[Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3906]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs