Hendaklah kamu bersikap qanaah

TEKS BAHASA ARAB

عليكم بالقناعة، فإن القناعة مال لا ينفد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah kamu bersikap qanaah. Sesungguhnya qanaah itu adalah harta yang tidak akan berkurang.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 70, hadis nombor 330. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن جابر بن عبد الله -رضي الله عنهما- مرفوعاً: ((‌عليكم ‌بالقناعة، ‌فإن ‌القناعة ‌مال ‌لا ‌ينفد)).
[طس، ابن أبي الدنيا في "القناعة"، عق، ابن شاهين، البيهقي في "الزهد"، أبو عبد الله الفلاكي في "الفوائد"، أبو القاسم القشيري في "الأربعين"، ((الضعيفة)) (‌‌3907)]

(Palsu)
Daripada Jābir ibn ‘Abdullah RA secara marfū‘: “Hendaklah kamu bersikap qanaah. Sesungguhnya qanaah itu adalah harta yang tidak akan berkurang.’’
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, Ibn Abī al-Dunyā dalam al-Qanā‘ah, al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’, Ibn Shāhin dalam al-Targhīb, Abū ‘Abdillah al-Falākī dalam al-Fawā’id, Abūu al-Qāsim al-Qushayrī dalam al-Arba‘īn, al-Bayhaqī dalam al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3907).

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs