Hendaklah taat dan tidak melakukan maksiat

TEKS BAHASA ARAB

{حق تقاته} : أن يطاع؛ فلا يعصى، وأن يذكر؛ فلا ينسى، وأن يشكر؛ فلا يكفر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Makna: “Dengan sebenar-benar taqwa.” [Ali Imran: 102] ialah: Hendaklah taat dan tidak melakukan maksiat. Hendaklah berzikir(sentiasa mengingati Allah) dan jangan lalai. Hendaklah bersyukur dan janganlah kufur (nikmat).”

STATUS

Munkar marfu’

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1579, hadis nombor 7988. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر مرفوع) عن عبد الله بن مسعود- رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله -صلى الله علي وسلم-:(({حق تقاته} : أن يطاع؛ فلا يعصى، وأن يذكر؛ فلا ينسى، وأن يشكر؛ فلا يكفر)).[حل، ((الضعيفة)) (6909)].

(Munkar marfu’)
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Makna: “Dengan sebenar-benar taqwa.” [Ali Imran: 102] ialah: Hendaklah taat dan tidak melakukan maksiat. Hendaklah berzikir(sentiasa mengingati Allah) dan jangan lalai. Hendaklah bersyukur dan janganlah kufur (nikmat)".))[Riwayat Abī Nu‘aym di dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.6909].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs