Ibrahim AS apabila berada pada waktu pagi, Baginda membaca: Maha Suci Allah ketika kamu berada pada waktu petang dan ketika kamu berada pada waktu pagi

TEKS BAHASA ARAB

كان إبراهيم – عليه السلام – إذا أصبح قال: {سبحان الله حين تمسون، وحين تصبحون …} الآيات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ibrahim AS apabila berada pada waktu pagi, Baginda membaca: {Maha Suci Allah ketika kamu berada pada waktu petang dan ketika kamu berada pada waktu pagi}.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1477, hadis nombor 7531. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معاذ بن أنس – رضي الله عنه – في قوله – تعالى -: {وإبراهيم الذي وفى} مرفوعا: ((كان إبراهيم – عليه السلام – إذا أصبح قال: {سبحان الله حين تمسون، وحين تصبحون …} الآيات)). [فر، ((الضعيفة)) (4026)]

(Lemah)
Daripada Mu’az bin Anas RA berkenaan firman-Nya: {Dan Ibrahim yang selalu menyempurnakan janji} [Surah al-Najm ayat 37] secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Ibrahim AS apabila berada pada waktu pagi, Baginda membaca: {Maha Suci Allah ketika kamu berada pada waktu petang dan ketika kamu berada pada waktu pagi}.
[Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4026]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs