Iktikaf hanya dilakukan di masjid yang didirikan solat di dalamnya

TEKS BAHASA ARAB

الاعتكاف في كل مسجد تقام فيه الصلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Iktikaf hanya dilakukan di masjid yang didirikan solat di dalamnya.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1159, hadis nombor 5858. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن النزال بن سبرة أنه قال: أتى حذيفة بن اليمان على فتية في المسجد فقال: ما هؤلاء؟ فقيل: قوم عكوف فقال: ما كنت أحسب أن يكون اعتكاف إلا في مسجد نفر كذا وقال عبد الله: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الاعتكافُ في كلِّ مسجٍد تُقامُ فيه الصلاةُ. [أبو بكر الشافعي في الفوائد، الضعيفة (6237)]

(Sangat lemah) Daripada Nazal bin Sabrah, dia berkata: Huzaifah bin al-Yamani RA telah datang kepada pemuda-pemuda di satu masjid, lalu dia berkata: Siapakah pemuda-pemuda ini? Maka dalam kalangan mereka ada yang menjawab: Mereka adalah golongan yang sedang beriktikaf. Maka dia berkata: Saya rasa ini iktikaf tifdak terjadi melainkan di dalam masjid tertentu sahaja, dan Abdullah telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Iktikaf hanya dilakukan di masjid yang didirikan solat di dalamnya. [Riwayat Abu Bakar al-Syafi’ dalam al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6237]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs