Ilmu itu didatangi, bukan dia yang mendatangi

TEKS BAHASA ARAB

العلم يؤتى ولا يأتي. وفي رواية: العلم يسعى إليه. وروي: أولى أن يوقر ويؤتى إليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ilmu itu didatangi, bukan dia yang mendatangi. Dan dalam satu riwayat: Ilmu itu didatang kepadanya. Dan diriwayatkan: Lebih utama untuk dimuliakan dan didatangi kepadanya.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 124, hadis nombor 198. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

من قول مالك للمهدي حين دعاه لسماع ولديه منه وقاله لهارون حين التمس منه خلوة للقراءة.

Daripada kata-kata Malik kepada Khalifah al-Mahdi ketika dia mengajaknya untuk anak-anaknya mendengar daripadanya dan kata-katanya kepada Harun ketika dia meminta waktu bersendirian (bersamanya) untuk membaca (hadis).

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs