Inilah orang yang pertama beriman denganku dan dia juga yang pertama bersalam denganku pada hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

حديث: ستكون فتنة. فإن أدركها أحد منكم فعليه بخصلتين: كتاب الله، وعلي بن أبي طالب، فإني سمعت رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم يقول – وهو آخذ بيد علي – هذا أول من آمن بي، وهو أول من يصافحني يوم القيامة، وهو فاروق هذه الأمة، يفرق بين الحق والباطل، وهو يعسوب المؤمنين، والمال يعسوب الظلمة، وهو الصديق الأكبر، وهو بابي الذي أوتى منه، وهو خليفتي من بعدي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Fitnah akan berlaku. Jika salah seorang daripada kalian yang menghadapinya, hendaklah dia berpegang dengan dua perkara: Kitab Allah dan Ali bin Abi Talib. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda dalam keadaan baginda memegang tangan Ali: Inilah orang yang pertama beriman denganku, dia juga yang pertama bersalam denganku pada hari kiamat. Dia adalah Al-Faruq bagi umat ini. Iaitu yang membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Dia adalah pemimpin orang mukmin manakala harta pula adalah pemimpin kezaliman. dia adalah Al-Siddiq yang agung, dia adalah pintuku yang aku datang melaluinya. Dia juga adalah penggantiku selepas kewafatanku.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 345, hadis nombor 45. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه العقيلي عن ابن عباس مرفوعا. وقال: في إسناده داهر بن يحيى الرازي كان ممن يغلو في الرفض، ولا يتابع على حديثه، وابنه عبد الله بن داهر كذاب وهو الراوي عنه. وقد رواه الحاكم [في الكنى] من طريق أخرى، وقال: إسناده غير صحيح. وفي الميزان، في ترجمة إسحاق بن بشر الأسدي أنه كذاب وضاع، وأورد له هذا الحديث.

Diriwayatkan oleh al-Uqaili daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dia berkata: Pada sanadnya terdapat Dahir bin Yahya al-Razi yang merupakan seorang pelampau rafidhah (puak Syiah), hadithnya tidak mempunyai mutabaah. Anaknya Abdullah bin Dahir seorang pendusta dan dia merupakan perawi daripadanya.
Ia telah diriwayatkan oleh al-Hakim di dalam kitab al-Kuna daripada jalan yang lain. Dia berkata: Sanadnya tidak sahih. Dalam al-Mizan, pada biografi Ishaq bin Bisyr al-Asadi bahawa dia adalah pendusta dan pemalsu hadith, dan hadith ini diriwayatkan baginya.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs