Isa bin Maryam berkata: Jadikanlah rumah-rumah sebagai tempat duduk

TEKS BAHASA ARAB

قال عيسى ابن مريم: اتخذوا البيوت منازل، والمساجد سكنا، وكلوا من بقل البرية، واشربوا من ماء القراح، واخرجوا من الدنيا بسلام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Isa bin Maryam berkata: Jadikanlah rumah-rumah sebagai tempat duduk, manakala masjid-masjid sebagai tempat kediaman. Makanlah daripada sayur-sayuran darat dan minumlah daripada air yang jernih serta keluarlah daripada dunia dengan sejahtera.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 427, hadis nombor 2300. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «قال عيسى ابن مريم: اتخذوا البيوت منازل، والمساجد سكنا، وكلوا من بقل البرية، واشربوا من ماء القراح، واخرجوا من الدنيا بسلام». [عد، «الضعيفة» (6129)].

(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Isa bin Maryam berkata: Jadikanlah rumah-rumah sebagai tempat duduk, manakala masjid-masjid sebagai tempat kediaman. Makanlah daripada sayur-sayuran darat dan minumlah daripada air yang jernih serta keluarlah daripada dunia dengan sejahtera." [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6129].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs